Tips Mengatasi Tekanan Sewaktu Hamil







Tips Mengatasi Tekanan Sewaktu Hamil

1. Anda adalah orang yg bertanggung jawab  yang menentukan tindakan dan perasaan anda ketika hamil.


 Bagaimanakah anda menghadapinya.

Anda adalah diri sendiri paling layak dan  bertanggungjawab dengan perkara yang perlu di lakukan.


Contohnya: 

'Berapa lamakah perlu anda bekerja?'

'Berapa lama perlu anda berehat"

'Apakah yang perlu anda makan?'

'Atau apa apa sahaja yang berkait rapat ketika hamil.'



2. Sentiasa adakan perbincangan dengan suami, ibu bapa, rakan rakan untuk isu isu yang di hadapi sepanjang melalui pengalaman sebagai ibu hamil. Anda berhak untuk menyuarakan perasaan dan kehendak anda?


3. Jangan cuba nak jadi super hero bagi yang ada komitment dengan kerja di pejabat dan sangat komited dengan kerja sebelum ini...anda perlu sedar bahawa tahap  keupayaan anda ( hamil) dari segi minda dan badan tidak sama dengan anda sebelum hamil. Adakan perbincangan dengan majikan tentang apa yang anda boleh buat dan sebaliknya.


4. Rajinkan diri mendalami , berbincang, mengkaji  tentang kehamilan dengan membaca, atau berkongsi pengalaman menghadiri kelas antenatal. Berbekalkan pengetahuan ini anda tidak akan rasa kekok dengan perubahan pada diri dari segi emosi dan fizikal.


5. Ajarkan diri anda supaya tabah dan sabar dengan pengalaman hidup terutama semasa menjalani kehidupan sebagai ibu hamil. Kajian dari pakar perbidanan dan psikologi Dr.Herbert Benson dan Dr.Alice Domar mendapati pembelajaran adalah cara termudah untuk menenangkan diri terutama dari segi fikiran. Otak menerima ransangan fikiran dan tubug badan menjadi lebih tenang dan selesa saat ini kadar deguoan jantung, tekanan darah, tahap hormon akan  menurun ini di panggil Relaxatiob Response.


6. Uji emosi dan fikirkan samada emosi anda ketika itu normal atau sebaliknya...ini di namakan proses cognitive restructuring . Kita akan merasa rendah diri ,  cepat terkilan apabila di tegur, dimarahi oleh orang yang terdekat dengan kita. Pemikiran negatif tidak elok untuk kehamilan. Cara atasi pemikiran negatif ini cuba menilai kata kata orang itu samada benar atau tidak. Jika fitnah dakwaan itu anda boleh menyangkalnya dan beritahu perkara sebenar.



7. Anda tidak keseorangan  dalam menghadapi masalah atau tekanan ketika hamil.dapatkan bantuan profesional untuk bantuan pandangan dan konsultasi.



Sumber : Majalah PAMA

Saya harap tips-tips yang saya kongsikan pada hari ini sangat bermakna dan menghitung hari hari yang indah sepanjang kehamilan anda..bye...bye












































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Bentuk Badan Anda

Testimoni diri sendiri ESP

SET IBU HAMIL