Tips Kecantikan kulit



Assalamualaikum semua.....apa khabar anda pada pagi ini....emosi bagaimana???? Apa plan aktiviti hari ni? Saya harap emosi anda semua ceria tenang dan bahagia...aktiviti pula biarlah kearah yang bermanfaat dan positif baru lah kita semua hidup ada kemajuan....


Pagi ini saya nak berkongsi beberapa tip mengenai penjagaan kulit wajah.

Kulit kita ini adalah organ yang besar dalam badan kita...penjagaan nya sangat perlu di ambil berat...dari segi kebersihan, penjagaan dari segi pemakanan seperti makan banyak buah buahan, sayuran, penjagaan kecantikan kulit dan senaman..


Sekiranya kita terlepas pandang atau silap penjagaan kulit wajah atau badan boleh mendatangkan penyakit seperti jerawa, kulit sensitif dan sebagainya.

Tabiat pemakanan seperti gemar mengambil makanan yang berminyak boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat. Tidak dinafikan juga jerawat juga berpunca daripada ketidakstabilan hormon dalam badan.

Mengapakah saya bertanya pada awal perkongsian tadi apakah aktiviti anda? bagaimana emosi anda pada hari ini? Sebenarnya dua perkara tersebut sangatlah berkait rapat dengan kesejahteraan mental dan fizikal yang hasil nya terserlah kepada bagaimana keadaan kulit kita.

Apabila emosi dan fikiran kita di selubungi tekanan @ stres dengan sesuatu isu atau masalah yang sangat berkait rapat dengan kehidupan harian, maka apa yang akan berlaku sekiranya tiada atau kurang efektif cara mengendalikan tekanan itu boleh mengakibatkan kulit menjadi kusam, air muka kelihatan kelam, jerawat tumbuh dengan banyaknya...kerana tindak balas sedang berlaku di dalam badan kita.. apabila tekanan atau stres berlaku badan kita akan mengeluarkan hormon kortisol yang tidak baik untuk badan dan boleh melemahkan sistem imun badan. Cuba perhatikan kepada diri, apabila stres, badan kita lemah dan mudah terkena penyakit seperti demam, gastrik, jerawat. Cepat cepat ambil langkah kendalikan stres anda dengan segera dan efektif.

Pengurusan stres yang sihat seperti mengamalkan gaya hidup seperti bersenam atau mengaktifkan diri dalam aktiviti harian seperti mengemas rumah, memasak, atau sebagainya boleh melegakan emosi anda agar kembali ceria dan tenang. Hati tenang emosi bahagia badan akan menghasilkan hormon endorfin yang boleh memberi kesembuhan dan wujud emosi gembira yang boleh menguatkan sistem imun badan.


ISSSSShhhhhhh panjang lebar pulak saya ni heheeheh...ok ok mari


Tip- tips Penjagaan kulit:

1. Aktifkan diri dengan gaya hidup yang sihat seperti bersenam merupakan perkara penting di dalam rangkaian penjagaan kulit wajah.

2. Elakkan diri dari terkena terus kepada sinaran matahari  yang boleh menyebabkan kulit kusam. Gunakan sunblock apabila anda ingin bersiar di luar.

3. Hindari diri daripada tabiat merokok, kerana boleh menyebabkan struktur kulit tidak elok.

4. Amalkan pengambilan diet yang sihat lebihkan buah- buahan dan sayuran , kurangkan pengambilan makanan berminyak, manis dan amalkan minum air putih sekurangnya 2 liter sehari.

5. Elakkan diri daripada stres.

6. Minum tea hijau kerana ia merupakan sumber anti oksida boleh menganjal kan kulit atau awet muda dan menyegarkan hari anda.

7. Elakkan diri mekap terlalu tebal...cuci wajah anda sekurang kurangnya 2 kali sehari .



Amalkan dan jadikan ia sebagai tabiat yang sihat dan lebihkan diri dengan amalan rohani membaca Al-Quran , berzikir, berselawat, berdoa solat itu semua boleh menenangkan hati kita dan muka pun nampak beriman dan ada nur di situ.


Sebagai langkah penjagaan kulit anda Shaklee ada boleh membantu anda dalam mengatasi kulit wajah yang berjerawat..dengan Set Jerawat Shaklee. pasti anda akan tersenyum dan puas apabila melihat hasilnya yang berbaloi...untuk kesihatan dan kecantikan diri anda..





Berminat hubungi saya untuk keterangan dan konsultasi percuma

 Fatimah (019-2275401)
 Call / sms / whats app / telegram
 Blog : wafawayu.blogspot.com
 FB Page: Fatimah suplemen kesihatan dan kecantikan
 email: fetty276@gmail.com


 **** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Bentuk Badan Anda

Testimoni diri sendiri ESP

SET IBU HAMIL